SEREMBAN: Tandas awam yang didakwa diubah suai dan dijadikan tandas milik persendirian di sebuah bangunan perniagaan di Nilai 3 di sini, adalah tidak benar.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, Datuk Masri Razali berkata, bangunan berkenaan berstatus pemilikan berstrata yang diuruskan oleh ejen pengurusan.
"Maka kemudahan itu adalah milik bersama pemilik-pemilik petak (peniaga) yang ada dalam bangunan tersebut dan ia bukanlah tandas awam seperti yang didakwa dalam video tular.
"Terdapat pelbagai jenis perniagaan di situ maka ramai pelanggan sebelum ini turut menggunakan kemudahan sama mengikut budi bicara peniaga, bagaimanapun kita ada sediakan tandas awam yang berada tidak jauh dari bangunan itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Sebelum ini, tular sebuah video di aplikasi TikTok mengenai sebuah tandas awam di Nilai 3 didakwa 'diambil alih' oleh sebuah kedai sebelum dijadikan tandas untuk kegunaan persendirian di lokasi berkenaan.
Perkara itu dikongsikan seorang lelaki yang videonya mendapat lebih 150,000 tonton dengan 1,228 komen.
Berdasarkan video berdurasi 2:37 minit itu, lelaki itu mendakwa mendapat aduan daripada peniaga-peniaga di Nilai 3 berhubung perkara tersebut.
"Apabila tandas awam digunakan semua pengunjung ke Nilai 3 ini sekarang disimen, diaorang (pihak berkenaan) buh (letak) konkrit dan dijadikan untuk kegunaan mereka sendiri," katanya.
Dia kemudiannya mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) memberi penjelasan susulan ia membabitkan hak rakyat di negara ini terhadap kemudahan awam yang disediakan kerajaan.
Dalam pada itu, Masri berkata, tidak menjadi masalah sekiranya pihak pengurusan atau pemilik untuk melakukan kerja ubah suai bangunan di lokasi.
"Tetapi sama ada mereka ada kelulusan ataupun tidak, itu kita akan semak, namun ia bukanlah kesalahan yang diuar-uarkan seperti dalam video berkenaan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 03 2023
Seorang pengguna TikTok menunjukkan lokasi yang didakwa tandas awam diubah suai dengan disimen dan dikonkrit. - Foto Sinar Harian
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.
Persiapan Program MADANI rakyat Zon Tengah lebih 90 peratus
Persiapan Program MADANI Rakyat Zon Tengah yang akan membuka tirai di pekarangan Kompleks Sukan Kuala Selangor esok, mencecah lebih 90 peratus setakat petang ini.
Anugerah Toilet Of The Year 2023 untuk tandas awam bertaraf BMW - Nga
Nga Kor Ming berkata inisiatif itu adalah sebagai langkah persiapan untuk Tahun Melawat Malaysia pada 2025.
Belanjawan 2024: RM150 juta baiki tandas awam, RM2.8 bilion selenggara jalan, jambatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia melibatkan baik pulih tandas awam di 150 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
'Dakwaan ubah suai tandas awam jadi milik persendirian tidak benar'
Datuk Bandar berkata, bangunan berkenaan berstatus pemilikan berstrata yang diuruskan oleh ejen pengurusan.
Masyarakat perlu amal etika kebersihan untuk capai tandas B.M.W
Mentaliti 'ada tukang cuci yang mendapat gaji untuk membersihkannya' membuatkan ramai tidak beretika dan bersikap tidak kisah.
Bangunan warisan, sejarah UNESCO ditambah baik sempena TMM2024
Usaha itu akan dilaksanakan secara berperingkat sebelum TMM 2024 dan mengikut SOP ditetapkan UNESCO.
Kes remaja lelaki maut dalam kebakaran tandas awam kini dalam siasatan - KP Selangor
Polis masih menunggu laporan patologi bagi mengetahui punca kematian.
Gara-gara gurauan, remaja lelaki maut dalam kebakaran tandas awam
Seorang remaja berusia 16 tahun ditemui rentung dalam sebuah tandas awam di Puncak Alam yang terbakar pada Ahad.
Tandas awam tahap 'kayangan'
Itulah kelainan yang dilakukan Datuk Dr Ahmad Omar yang membina tandas awam berkenaan di sebelah stesen minyak miliknya di Melor untuk kegunaan orang ramai.
Tidak perlu lagi tinggal dalam kereta, lima beranak terima rumah PPR
Kerajaan negeri Pulau Pinang akhirnya meluluskan permohonan Ganesh untuk mendapatkan sebuah unit kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR).